suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Pilihan Raya Tergempar Di Johor - MB

Mohamed Khaled Nordin.

JOHOR BARU: Johor tidak akan mengadakan pilihan raya negeri berasingan sebelum pilihan raya umum akan datang meskipun timbul spekulasi ia bakal berlaku.

Menteri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin tampil menjelaskan bahawa tiada pilihan raya tergempar akan diadakan di negeri itu.

Beliau pada masa sama menganggap spekulasi itu sebagai hanya 'cakap-cakap' di kalangan segelintir individu dalam laman sembang kumpulan tertentu.

"Saya bukan sebahagian daripada kumpulan itu dan ia tidak melibatkan saya. Kami tidak mempunyai niat seperti itu," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor selepas pemimpin pembangkang mahu mengadakan pilihan raya tergempar di negeri itu.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong turut dilaporkan sebagai berkata parti itu bersedia menghadapi pilihan raya tergempar itu sekiranya ia berlaku.

Artikel Lain