Najib Terima Kunjungan 95 Peserta Mantap - Semasa | mStar

Najib Terima Kunjungan 95 Peserta Mantap

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenalkan kepada Pelatih Terbaik, Nomi Juliana (siswi UPM), antara 95 mahasiswa dan mahasiswi yang terpilih untuk program Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) kali keenam di Seri Perdana , Ahad malam.
 Program 'Internship Barisan Nasional Mantap dipengerusikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anggota-anggota Parlimen Barisan Nasional pada Ahad malam menerima kunjungan 95 peserta Program Internship Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) di Seri Perdana di sini.

Turut hadir Pengerusi Mantap, Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Tan Sri Shahrir Samad.

Kesemua peserta itu dipilih mengikuti Mantap selama 45 hari tahun ini, yang bertujuan menjadikan golongan mahasiswa sebagai pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang, selepas menjalani beberapa peringkat saringan.

Pelajar Universiti Malaya, Nomi Juliana akan menjalani latihan amali di pejabat perdana menteri manakala pelajar dari Universiti Putra Malaysia, Muhammad Ali Abdul Karim ditempatkan di pejabat timbalan perdana menteri.

Nur Shazwani Sahlan, mahasiswa dari Richmond American International University, London akan menjalani latihan amali di pejabat Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Razali, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata program itu memberi pendedahan kepada mahasiswa berkenaan hal ehwal Parlimen Malaysia selain memahami serta menghayati bidang tugas seorang Anggota Parlimen.

"Program edisi keenam ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada peserta dengan 368 permohonan diterima tahun ini. 

"Daripada jumlah itu, 130 orang menjalani saringan kedua bagi kursus Pemantapan Mantap dan akhirnya 95 orang dipilih bagi program ini," katanya kepada Bernama di sini.

Melalui program itu, peserta diberi latihan dan pendedahan dalam pelbagai aspek termasuk pengucapan awam serta hias diri selain pendedahan proses penyediaan bajet. 

Razali berkata, para pelatih Mantap akan diletakkan bersama Anggota Parlimen Barisan Nasional bermula Isnin sehingga 24 November untuk menjalani latihan menjaga kawasan Parlimen masing-masing serta membantu Ahli Parlimen berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain