suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hina Kematian Haron Din: Ahli Perniagaan Direman Tiga Hari

Gambar hiasan.

JOHOR BARU: Seorang ahli perniagaan direman selama tiga hari kerana didakwa menghina Islam berkaitan kes kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Suspek berusia 69 tahun itu ditahan kerana mengeluarkan komen sensitif di laman Facebook menggunakan nama Ong TK.

Permohonan untuk mendapatkan perintah remah terhadap suspek diserahkan kepada mahkamah majistret dekat sini oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial polis Johor pada pagi Selasa.

Pendaftar mahkamah Faridatul Farrah Mohd Shukri mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari bermula pada Selasa.

Suspek ditahan di Menglembu dekat Ipoh, Perak pada Isnin sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor kira-kira pukul 5 petang hari yang sama.

Dua lagi suspek ditahan atas sebab yang sama bagaimanapun dibebaskan selepas majistret Noor Aisyah Ahmad menolak permohonan polis untuk mereman mereka.

Dua lelaki berkenaan, seorang berusia 62 tahun dan seorang lagi merupakan perunding komunikasi strategik berusia 50 tahun, ditahan di Bandar Utama dan Shah Alam pada pagi Isnin.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berikut

Artikel Lain