suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Air Pasang: Tiga Pusat Pemindahan Dibuka Semula Di Kuala Muda

ALOR SETAR: Tiga pusat pemindahan di daerah Kuala Muda yang ditutup petang semalam dibuka semula 4 pagi Selasa selepas berlaku gelombang kedua fenomena air pasang besar.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Lt Muda Pertahanan Awam, Azahar Ahmad berkata setakat 9 pagi tadi, seramai 132 orang dari 30 keluarga dipindahkan.

Pusat tersebut ialah di Dewan Kampung Paya yang menempatkan 85 orang dari 17 keluarga, Surau Kampung Sungai Yu yang menempatkan 39 orang dari 10 keluarga dan Sekolah Kebangsaan Seri Kuala yang menempatkan lapan mangsa dari tiga keluarga.

Beliau berkata air mula naik kira-kira 3 pagi dan penduduk dipindahkan selepas paras air mencecah satu meter.

Azahar berkata ketinggian ombak pada 2.7 meter beserta angin kencang menyumbang kepada fenomena berkenaan.

"Bagaimanapun trend ombak besar telah menunjukkan penurunan berbanding Ahad lepas yang mencatatkan ketinggian 2.9 meter," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Sementara itu tiga pusat yang menempatkan 432 orang dari 113 keluarga Ahad lepas telah ditutup pada 5 petang semalam.-- Bernama


Artikel Berikut

Artikel Lain