suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 Keluarga Di Pantai Remis Dipindahkan Akibat Banjir

IPOH: Seramai 76 orang daripada 15 keluarga di Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat pukul 6 pagi Selasa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak memaklumkan semua keluarga itu dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Panchor selepas paras air di kawasan mereka mencecah 1.2 meter.

"Daripada jumlah yang dipindahkan, 39 adalah lelaki dan 37 wanita," katanya dalam satu kenyataan.

Hujan renyai-renyai kini dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.

Sementara itu Setiausaha Pengurusan Bencana Daerah Bagan Datoh, Mohd Zaidi Ahmad berkata jumlah rumah yang terjejas akibat banjir di Teluk Intan setakat ini kekal empat buah.

Beliau berkata rumah-rumah di Kampung Teluk Selendang itu terletak berdekatan Sungai Perak.

Dua keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tapak Semenang sejak semalam sementara dua keluarga lagi memilih untuk tinggal di kediaman masing-masing, katanya. - BERNAMA

Pantai Remis, banjir

Artikel Berikut

Kebaya Simbol Perpaduan

Artikel Lain