Dokumen Palsu: Pegawai Jakim Dipenjara 9 Bulan, Denda RM36,000 - Semasa | mStar

Dokumen Palsu: Pegawai Jakim Dipenjara 9 Bulan, Denda RM36,000

PETALING JAYA: Seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuching pada Isnin di atas lima pertuduhan memalsukan dokumen berjumlah RM34,740.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin, Ahmad Tarzidi Ahmad Tamezi, 30, yang merupakan pembantu hal ehwal agama Islam di Jakim Sarawak dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan dan denda sebanyak RM36,000.

Pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Nixon Kennedy Kumbong. 

Kesemua kesalahan itu didakwa bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Tertuduh akan dikenakan hukuman penjara selama 15 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya di Jalan P. Ramlee, Kuching antara 28 Januari hingga 26 Mei tahun lalu. 

Terdahulu, Tarzidi mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuching pada 24 Mei lalu. 

Menurut kenyataan itu, bagi pihak SPRM, kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Low Chin How.

SPRM , Jakim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta

Maut terlebih makan durian