suria

Pelajar Maut Ditembak Semasa Main Pokemon Go

Gambar hiasan. Foto thenextweb.com

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 20 tahun maut ditembak di Taman Akuatik San Francisco pada Sabtu malam semasa bermain Pokemon Go, menurut laporan dalam talian.

Menurut laporan Los Angeles Times yang memetik detektif Polis Taman Amerika Syarikat (AS), Robert Jansing berkata, mangsa yang dikenali sebagai Calvin Riley tidak dirompak selepas ditembak.

"Tiada sebarang motif yang jelas sekarang," kata Jansing.

Riley yang berasal dari San Mateo di California merupakan graduan dari Sekolah Tinggi Junipero Serra pada 2015.

Mangsa berlajar dalam jurusan kinesiologi di Kolej San Joaquin Delta di Stockton dan merupakan anggota pasukan bola keranjang di kolej itu.

Sementara itu, menurut laporan NBC, suspek masih lagi bebas dan Polis Taman AS mengambil langkah berjaga-jaga.

Tambah laporan berkenaan, tiada penahanan dibuat berhubung insiden tembakan itu.

Satu semakan di laman web GoFundMe yang diwujudkan bagi membantu keluarga Riley dari segi perbelanjaan pengebumian menunjukkan sebanyak RM144,625 (AS$35,820) dikumpul dalam tempoh 14 jam selepas kejadian berlaku.

Jumlah yang disasarkan laman GoFundMe ialah RM121,126.50 (AS$30,000).

Pokemon Go

Artikel Lain