suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beg Ditinggalkan Di Bawah Kereta Disangka Bom

KUCHING: Dakwaan mengenai sebuah beg yang ditinggalkan di bawah sebuah kereta disyaki mempunyai bom tidak berasas selepas polis mengesahkan tiada bahan letupan di dalam beg berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai beg tersebut di Medan Hamidah di sini, tengah hari Isnin.

"Pemilik kereta mengesahkan bahawa beg berkenaan bukan miliknya. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami memanggil unit pemusnah bom untuk menjalankan pemeriksaan," katanya.

Menteri Muda Perancangan Sumber, Datuk Mohd Naroden Majais yang tinggal berhampiran dengan Medan Hamidah berterima kasih kepada pihak polis di atas tindakan segera mereka terhadap panggilan orang awam.

"Saya bimbang terhadap keselamatan orang awam termasuk keselamatan di kediaman saya, yang hanya kira-kira 300 meter di mana kereta itu diletakkan.

"Kita tidak boleh mengambil ringan terhadap laporan berkaitan bom kerana adanya kehadiran militan IS di Malaysia, maka kita semua perlu berhati-hati," katanya.


Artikel Lain