suria

Nik Omar Sah Sertai Amanah - Salahuddin

Nik Omar Nik Abdul Aziz.

PETALING JAYA: Desas-desus yang mengatakan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar bakal menyertai menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) akhirnya terjawab.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

"Ya, memang benar beliau sudah sertai Amanah. Itu seperti yang diumumkan, saya pun ada di situ waktu itu," katanya.

Salahuddin berkata pada majlis makan malam Amanah itu juga, Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Amanah Kelantan.

"Ya, begitulah (seperti yang diumumkan). Namun beliau tidak hadir malam tadi," katanya ringkas.

Ketika ditanya tarikh sebenar Nik Omar menyertai parti itu, Salahuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sebaliknya, beliau berkata Nik Omar pernah menghadiri beberapa program anjuran Amanah sebelum ini.

"Itu saya tak pasti tapi beliau ada muncul dalam beberapa program Amanah sebelum ini," katanya.

Sebelum ini Nik Omar dikaitkan akan menyertai Amanah yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Turut hadir dalam majlis makan malam itu ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.




Nik Omar Nik Abdul Aziz, PAS, Amanah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain