suria

Segamat & Tangkak Dilanda Banjir, 74 Mangsa Dipindahkan

JOHOR BARU: Dua pusat pemindahan banjir dibuka, masing-masing satu di Segamat dan Tangkak, apabila 74 mangsa daripada 21 keluarga dipindahkan apabila kampung mereka dilanda banjir.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata proses pemindahan mangsa banjir bermula lewat petang sehingga malam Jumaat.

Katanya daripada jumlah itu, 52 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Balai Raya Kampung Orang Asli Segamat Kechil.

"Di Tangkak pula, pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan Sialang yang menempatkan seramai 22 mangsa daripada lima keluarga," kata beliau dalam satu kenyataan di sini. - BERNAMA

banjir, Segamat, Tangkak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain