suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maut Jatuh Cerun Ketika Berkelah di Gunung Jerai

YAN: Seorang lelaki berusia 51 tahun maut dipercayai  tergelincir dan terjatuh ke dalam cerun sewaktu berkelah di pusat peranginan Taman Rimba Gunung Jerai dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata mangsa dikenali sebagai Ishak Ibrahim, 51, dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

"Difahamkan mangsa bersama isteri dan anaknya datang untuk berkelah kira-kira pukul 2.30 petang. Pada pukul 4.30 petang, anaknya mencarinya untuk mengajaknya makan dan kemudian menemui bapanya di dalam cerun setinggi 15 meter.

"Selepas dihubungi, pasukan bomba Guar Chempedak datang dan membawa mangsa keluar," katanya kepada Bernama.

Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Yan untuk dibedah siasat.

Gunung Jerai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain