suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Sarawak Puji Keputusan Adenan Mansuh Tol

MIRI: PAS Sarawak memuji Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem atas usahanya memansuhkan kutipan tol di negeri ini bagi meringankan beban rakyat disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam kenyataan hari ini berkata walaupun tol dimansuhkan tetapi masalah keperluan rakyat masih memberi tekanan kepada kehidupan rakyat biasa.

Beliau mencadangkan kerajaan negeri memberi tumpuan terhadap soal perumahan khusus bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana dan rendah di negeri ini serta mengkaji semula tarif elektrik.

"Kerajaan juga perlu membina lebih banyak jambatan dekat terminal feri bagi memendekkan perjalanan untuk penduduk kampung yang terpaksa beratur panjang untuk menyeberangi sungai," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain