suria

Himpunan Baju Merah: Sekatan Jalan Raya Antara Langkah Pencegahan - Nur Jazlan

Nur Jazlan Mohamed.

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan peserta himpunan 'baju merah' daripada berarak di sekitar ibu negara, termasuk Bukit Bintang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, antara langkah itu ialah mengadakan sekatan jalan raya.

"Polis sudah bersedia terhadap sebarang kemungkinan.

"Perhimpunan itu masih lagi dianggap melanggar undang-undang," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Ditanya sama ada kementerian akan mengadakan larangan terhadap peserta 'baju merah' sebagaimana yang dilakukan kepada peserta Bersih 4.0 sebelum ini, Nur Jazlan berkata, ia bukan menjadi satu isu pada masa ini.

"Akta Perhimpunan Aman 2012 dibuat untuk memastikan perhimpunan aman diadakan.

"Jika sesiapa mahu mengadakan perhimpunan maka mereka perlu mematuhi undang-undang," katanya.

Tambahnya, akta berkenaan telah menjelaskan bahawa perhimpunan yang mematuhi undang-undang ialah mengadakannya di kawasan yang dibenarkan.

Nur Jazlan Mohamed, baju merah

Artikel Lain