suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Operasi AirAsia Di KLIA 2 Terganggu Akibat Jerebu

PUTRAJAYA: AirAsia Bhd berkata penerbangan keluar masuk dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sehingga 6.40 petang terganggu kerana jarak penglihatan di bawah tahap minimum akibat jerebu.

Dalam kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan tambang murah itu juga berkata operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah disambung semula menjelang 6 petang tadi.  Para penumpang yang terlibat telah dimaklumkan dan diberi perhatian sewajarnya di lapangan terbang, kata syarikat itu.

"AirAsia akan terus memantau dengan rapi keadaan ini dan mamaklumkan kepada penumpang mengenai maklumat terkini," kata kenyataan itu.

AirAsia, KLIA2

Artikel Lain