suria

Agong Kurnia Watikah Perlantikan Perwakilan Malaysia Yang Baharu

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada bakal Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Hayati Ismail (kiri) pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara di Istana Negara pada Isnin. Foto: Bernama

PUTRAJAYA: Tiga Ketua Perwakilan Malaysia yang baharu menerima watikah pelantikan masing-masing daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara pada Isnin,  menurut kenyataan Kementerian Luar. 

Kenyataan itu berkata ketiga-tiga mereka ialah Datuk Hayati Ismail yang dilantik sebagai Duta Malaysia ke Rusia, Datuk Badruddin Ab Rahman - PesuruhjayaTinggi Malaysia ke Afrika Selatan dan Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya - Duta Malaysia ke Chile. 

Hayati ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada sejak 2011 dan mula berkhidmat di Kementerian Luar pada 1984. 

Badruddin yang memulakan tugas di Kementerian Luar pada 1983 menjadi Duta ke Sweden sejak 2011.

Sebelum berkhidmat sebagai Duta ke Sweden, beliau ialah Duta ke Algeria dari 2005 hingga 2008. 

Mohamad Rameez pula memulakan perkhidmatan di Kementerian Luar pada 1994 dan dilantik sebagai Konsul Besar di Melbourne sejak 2011.

Watikah Perlantikan, Agong

Artikel Lain