suria

Pengecualian Visa Dijangka Tingkatkan Kemasukan Pelancong China

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Hamzah Rahmat menjangka peningkatan kemasukan pelancong China ke negara ini berikutan langkah kerajaan memberi pengecualian visa.

Beliau percaya pengecualian itu akan merangsangkan industri pelancongan ditengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global dan kejatuhan nilai Ringgit.

"Saya percaya ia adalah langkah baik yang dibuat oleh kerajaan. Seperti yangkita tahu, akibat tragedi penerbangan (MH370) tahun lepas, ia memberi kesan kepada kemasukan pelancong dari China ke Malaysia," katanya kepada Bernama ketika dihubungipada Isnin.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  mengenai pengecualian visa kepada pelancong dari China yang memasuki negara ini secara berkumpulan bermula 1 Oktober 2015 sehingga 31 Mac tahun depan.

Najib juga berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM80 juta untuk memperhebatkan aktiviti promosi di pasaran terpilih seperti ASEAN, China dan India.

Menurut perangkaan Pelancongan Malaysia, pelancong China membelanjakan RM515 sehari atau RM3,092 pada setiap kunjungan apabila mereka melawat Malaysia tahun lepas.  

Hamzah juga mencadangkan keperluan untuk meningkatkan kemudahan visa seperti memperkenalkan visa elektronik pada masa depan bagi menarik lebih ramai pelancong melawat negara ini.

Mengenai peruntukan RM80 juta bagi aktiviti promosi, beliau berkata promosidiperlukan untuk memberi gambaran sebenar mengenai Malaysia dan menarik lebih ramai pelancong berpotensi mengenai apa yang Malaysia tawarkan.

"Jika kita mahu orang datang ke negara kita, kita perlu mengiklan, itulah bagaimana ia berfungsi. Ia sangat penting, apa yang kita melabur sebagai pelaburan akan berganda dari segi keuntungan," katanya.

Visa, China

Artikel Lain