suria

VIDEO: Ahli Umno Johor Berkumpul Di PWTC Beri Sokongan Kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 ahli Umno Johor berhimpun di pintu masuk ke Menara Datuk Onn di Pusat Dagangan Wisma Putra (PWTC) di sini untuk menyatakan sokongan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Umno Batu Pahat, Ramlee Wahab berkata mereka hadir berikutan khabar angin yang membayangkan Muhyiddin akan digugurkan daripada jawatan Nombor dua parti itu.

"Sebelum ini laporan berita mengatakan Tan Sri tidak akan dipecat. Namun kami tetap hadir kerana ingin mendengar sendiri hasil keputusan mesyuarat tersebut.

"Jadi kami hadir untuk sebagai solidariti kepada Muhyiddin. Kami mahu beliau kekal sebagai timbalan presiden Umno.

"Kami tak buat kecoh, kami berhimpun secara aman di sini," katanya ketika ditemui pemberita di sini Rabu.

Penyokong Muhyiddin membawa plakad gambar Muhyiddin yang tertera perkataan "Support Kekal Timbalan Presiden".

Mereka turut menyanyikan lagu Umno Johor.

Difahamkan kira-kira 10 bas digunakan untuk membawa penyokong Umno Johor terutamanya dari Batu Pahat, Kluang, Kulai dan Pagoh.


Umno Johor, Pagoh

Artikel Lain