suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki New Zealand Maut Dilanggar Motosikal Berkuasa Tinggi

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga New Zealand maut selepas dilanggar sebuah motosikal berkuasa tinggi di Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Ampang di sini, Selasa malam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam, mangsa berusia 28 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata mangsa sedang melintas jalan tiga lorong itu sebelum dilanggar motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 44 tahun.

"Mangsa tercampak ke seberang jalan arah bertentangan dan meninggal dunia.  Mayat mangsa kemudian dibawa ke bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

"Penunggang motosikal berkenaan yang cedera turut menerima rawatan di Wad Separa Kritikal HKL," katanya ketika dihubungi.

New Zealand, Motosikal

Artikel Lain