suria

Salleh Tarik Perhatian Nasihat Peguam Negara Kepada PM Adalah Rahsia

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara (AG) tanpa perlu mendedahkannya, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

"PM boleh mendapatkan nasihat daripada AG dan bertindak berdasarkan nasihat itu, dan merahsiakan nasihat itu," katanya dalam blog sskeruak.blogspot.my.

Menteri itu menarik perhatian mengenai perdebatan di United Kingdom yang bertumpu pada persoalan undang-undang, berhubung tindakan Britain melancarkan serangan drone ke atas kumpulan militan IS di Syria yang dikatakan merancang untuk menyerang Britain.

"Isu di sini adalah sama ada tindakan Britain itu sah di sisi undang-undang dan AG (negara itu) berkata ia adalah sah, dan sama ada perlukah PM mendedahkan nasihat itu, dan Parlimen diberitahu nasihat itu adalah rahsia," kata Salleh.

"Kalangan mereka yang telah membangkitkan pelbagai isu terhadap Perdana Menteri Najib Tun Razak perlu mengambil perhatian akan perkara itu," katanya.

Salleh seterusnya berkata, berhubung apakah perbuatan yang dianggap boleh mengganggu-gugat keselamatan negara adalah bergantung sepenuhnya kepada nasihat daripada kumpulan risikan.

Ini, katanya termasuk sabotaj ekonomi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain