suria

Ibu Bapa Kepada Mayat Tertanam Di Lantai Dapur Ditahan

GOMBAK: Ibu bapa kepada rangka manusia dipercayai kanak-kanak lelaki yang ditemui di lantai simen dapur di rumah yang disewakan ditahan.

Siasatan polis membawa kepada usaha untuk mengesan bapa berusia 33 tahun di Keningau, Sabah pada kira-kira pukul 6.30 petang Sabtu.

Polis kemudiannya menahan ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang tinggi di rumah saudaranya di Penampang pada kira-kira pukul 1 pagi Ahad.

"Ibu bapa kepada mayat kanak-kanak itu ditahan di ibu pejabat polis daerah di mana mereka ditahan," kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad.

"Mereka mungkin akan diterbangkan ke sini esok (Isnin).

"Mereka hanya mempunyai dua anak bersama mereka. Anak lelaki mereka dikatakan hilang.

"Kita percaya mayat yang kita temui di dapur di rumah mereka itu ialah anak mereka, tetapi kita hanya dapat mengesahkannya selepas mengadakan ujian DNA," katanya.

Ali mengesahkan keputusan bedah siasat menunjukkan mayat di dalam lubang simen itu adalah seorang lelaki berusia lapan ke 10 tahun.

Beliau berkata, tiada tanda-tanda kecederaan yang ditemui pada mayat mangsa yang sudah reput.

Pada Jumaat lalu, pekerja yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian menemui rangka kanak-kanak itu selepas ternampak kain buruk yang berbau busuk dalam lubang lantai dapur itu di Taman Usaha Jaya, Kepong.

Ibu bapa kanak-kanak itu didakwa meminta kebenaran tuan rumah untuk membaiki sebuah bilik mandi pada Mac lalu sebelum mengosongkan rumah itu tanpa notis.

Jiran-jiran memberitahu bunyi kanak-kanak menangis dan dipukul yang didengar mereka sebagai kejadian biasa berlaku di rumah tersebut.

Kes tersebut disiasat kerana membunuh.

Artikel Lain