suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemimpin Pakatan Rakyat Bakal Adakan Pertemuan Atasi Krisis PAS-DAP

Azmin Ali.

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka menetapkan tarikh untuk pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengadakan pertemuan tidak lama lagi, kata Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR mengumumkan perkara tersebut berikutan krisis antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan media.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini mengenai Pakatan Rakyat akan berpecah dalam tempoh dua minggu lagi.

"Hentikan perbalahan antara satu sama lain di media atau rakyat akan bosan.

"Pesanan saya ini untuk semua pemimpin Pakatan," kata Menteri Besar Selangor itu selepas menghadiri Islamic Fest 2015 di Stadium Malawati di sini, malam Sabtu.

Azmin berkata, PKR tidak mempunyai masalah menjadi orang tengah antara PAS dan DAP, dan adalah sebaik-baiknya buat Pakatan untuk berbincang bagi menyelesaikan perkara itu dengan segera.

Konflik antara DAP dan PAS semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Dilaporkan bahawa Abdul Hadi sebagai berkata, parti itu bersedia untuk memutuskan hubungannya dengan DAP.

Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP bersikap keterlaluan dan tindakan itu tidak boleh diterima.

PAS, DAP, Azmin Ali

Artikel Lain