suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya Restoran, Hotel Ada Perjanjian Bersama Dibenar Kenakan Caj Perkhidmatan

Alias Ahmad.
PUTRAJAYA: Berkuatkuasa Isnin, restoran dan hotel tidak dibenarkan untuk mengenakan caj perkhidmatan kecuali sekiranya kedua-dua pihak itu mempunyai perjanjian bersama antara majikan dan pekerja.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata arahan tersebut adalah bersifat sementara sehingga kerajaan mencari jalan penyelesaian berhubung cara untuk menyelaras kutipan caj perkhidmatan itu.

"Buat masa ini, tiada badan khas atau arahan yang mengawal kutipan caj perkhidmatan. Ia adalah amalan antarabangsa yang lama. Namun, memandangkan kami menerima banyak aduan dari pelanggan, kami mengeluarkan arahan ini," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Beliau berkata pemilik perniagaan tersebut juga perlu mempamer notis jika caj perkhidmatan dikenakan kepada pelanggan.

"Adalah penting bagi pelanggan untuk mengetahui jenis perkhidmatan yang mereka perolehi sekiranya tempat tersebut mengenakan caj perkhidmatan," kata Alias.

Sekiranya arahan tersebut tidak dipatuhi, Alias berkata pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Akta kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.


KPDNKK, hotel, restoran, caj perkhidmatan

Artikel Lain