suria

Lelaki Seludup Dadah Guna Banduan Sakit Ditahan

SEMENYIH: Seorang lelaki yang menyeludup dadah ke dalam Penjara Kajang menggunakan banduan sakit sebagai orang tengah telah ditahan.

Polis berkata lelaki tersebut akan menyerahkan dadah kepada banduan di Hospital Kajang yang kemudiannya akan menyeludup masuk barang terlarang itu ke dalam penjara dengan menelan atau memasukkannya ke dalam dubur mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di luar perkarangan sebuah bank dekat Jalan Tun Abdul Aziz di Kajang kira-kira pukul 4.45 malam, 2 April lalu.

"Apabila kami mengesan motosikalnya, kami mendapati kapsul tersebut disembunyikan didalam sebuah kotak minuman ringan yang mengandungi 455.14 gram ganja.

"Kami menahannya dan apabila soal siasat, dia memberitahu bagaimana dadah tersebut diserahkan kepada banduan yang sakit untuk diseludup masuk ke dalam Penjara Kajang," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata banduan tersebut pula akan menelan atau memasukkannya ke dalam dubur bagi mengelak dikesan warden penjara.

"Suspek mempunyai rekod jenayah rompakan, kecurian kereta dan memiliki harta benda curi," katanya.
dadah, banduan sakit

Artikel Sebelum

Artikel Lain