Simpanan Tabung Haji kini automatik terbahagi kepada dua tabung iaitu Istito'ah dan Am. -Gambar hiasan AI
RAMAI menyimpan wang di Tabung Haji sebagai persediaan menunaikan ibadah haji, namun perancangan kewangan yang baik penting bagi memastikan seseorang benar-benar bersedia ke Tanah Suci.Bagi membantu pendeposit membuat persediaan secara lebih teratur, Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan pendekatan baharu menerusi kemudahan Multi Tabung bermula 19 September 2026. Di bawah sistem ini, setiap individu kini mempunyai dua tabung dalam satu akaun TH, iaitu Tabung Am dan Tabung Istito'ah.Menurut kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Mustakim Mohamad, kemudahan Multi Tabung diperkenalkan bagi membantu pendeposit menyimpan secara lebih berdisiplin dan fokus kepada persediaan menunaikan haji.1. Tabung Am Tabung Am ialah tabung utama yang digunakan untuk urusan simpanan dan pengeluaran seperti biasa.Simpanan tunai, potongan gaji dan Direct Debit akan dikreditkan ke tabung ini manakala pengeluaran boleh dibuat mengikut prosedur sedia ada.2. Tabung Istito'ahTabung Istito'ah pula diwujudkan khusus bagi membantu pendeposit menyimpan secara lebih berdisiplin sebagai persediaan menunaikan haji.Tabung ini juga menjadi penanda aras tahap kesiapsiagaan kewangan pendeposit selaras dengan prinsip Istito'ah.Pendeposit boleh memindahkan simpanan secara sukarela daripada Tabung Am ke Tabung Istito'ah mengikut matlamat kewangan masing-masing.3. Cukup RM15,000 automatik giliran haji Antara perubahan utama ialah pengenalan sistem Kelayakan Giliran Haji Automatik.Pendeposit yang mencapai simpanan minimum RM15,000 akan mendapat kelayakan untuk berada dalam giliran haji secara automatik, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan TH.Jumlah itu ditetapkan sebagai penanda aras simpanan dan merupakan jumlah minimum bayaran haji semasa bagi kumpulan B40.Sistem baharu itu secara tidak langsung menggantikan proses pendaftaran serta pengurusan giliran haji sedia ada dengan pendekatan yang lebih sistematik dan dinamik.