Pengetahuan mengenai tahap DSR masing-masing sangat penting dalam pengurusan hutang seseorang individu. -Gambar hiasan AI
TOPIK atau perbualan mengenai hutang biasanya akan membawa kepada konotasi negatif.Bagaimanapun perlu diakui dalam pengurusan kewangan moden, hutang merupakan sebahagian daripada alat penting terutamanya bagi pemilikan aset seperti rumah dan kereta. Persoalannya, bagaimanakah kita boleh mengukur tahap kesihatan pengurusan hutang seseorang individu?Di Malaysia, pihak bank menggunakan kiraan Debt Service Ratio (DSR) atau Nisbah Khidmat Hutang untuk mengukur keupayaan seseorang membayar balik pinjaman.Ringkasnya, DSR mengira nisbah jumlah komitmen bulanan berbanding pendapatan bersih individu.Sekiranya nisbah ini terlalu tinggi, iaitu melepasi 60 hingga 70 peratus mengikut polisi sesebuah bank, ruang kewangan individu tersebut akan diklasifikasikan sebagai 'tepu' atau 'burst'.Situasi itu sekali gus menyukarkan kelulusan pembiayaan baharu.Menurut perunding kewangan dan pengurusan hutang, memey.suhaila menerusi hantaran di Threads, ramai individu tidak peka dalam menilai tahap kesihatan kewangan dan hutang mereka."Ramai orang fikir 'DSR BURST' ini maksudnya dah tak mampu bayar hutang. Tak semestinya."Ada orang masih bayar semua tepat pada waktu dan tak pernah tunggak. Gaji pun okay tapi sebenarnya ruang kewangan dia sudah makin sempit," jelasnya.Sehubungan itu, dia menggariskan lima tanda awal menunjukkan nilai DSR seseorang semakin menghampiri tahap 'burst':1. Gaji cepat habisBukan kerana boros atau suka membeli barang kehendak, tetapi komitmen tetap bulanan seperti pinjaman rumah, kereta, dan peribadi sememangnya menyerap sebahagian besar gaji.2. Rekod bayaran cantik tapi sukar tambah komitmenMeskipun mampu membayar semua komitmen mengikut waktu ditetapkan tanpa tunggakan, namun anda sukar untuk membuat permohonan pinjaman atau kommitmen baharu.3. Mula bergantung pada kad kredit dan BNPLPenggunaan kad kredit atau Buy Now Pay Later (BNPL) bukan lagi untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya terpaksa digunakan sekadar untuk menampung aliran tunai bulanan yang semakin ketat.4. Mula memohon pinjaman di pelbagai bankApabila Bank A menolak, anda mencuba di Bank B. Apabila Bank B menolak, anda mencuba pula di Bank C. Tindakan "mencuba nasib" di pelbagai bank ini merupakan tanda jelas bahawa ruang DSR anda semakin sempit.5. Keyakinan palsuBisikan seperti "Alah, aku boleh bayar lagi ni..." sering bermain dalam fikiran individu yang menghampiri masalah kewangan. Perasaan bahawa keadaan masih terkawal hanya wujud kerana belum ada tunggakan. Hakikatnya, margin atau ruang keselesaan kewangan sudah tiada. Ini merupakan tanda psikologi paling ramai terlepas pandang.Apa langkah perlu diambil?Sekiranya kesemua lima tanda di atas mula dirasai, Memey menyarankan agar individu terbabit segera menyemak semula kedudukan kewangan masing-masing."Kalau korang rasa komitmen bulanan dah mula berat, jangan tunggu sampai permohonan pinjaman rejected berkali-kali baru nak celik mata. "Langkah terbaik, semak kedudukan kewangan. Lihat balik semua jumlah hutang dan nisbah DSR semasa. Faham masalah sebenar, kenal pasti sama ada masalah berpunca daripada aliran tunai atau komitmen berlebihan," tulisnya.Selepas mengenal pasti punca masalah, dia mencadangkan agar strategi disusun dan langkah pemulihan dipertimbangkan—seperti penyatuan hutang, iaitu debt consolidation atau penyesuaian bajet."Ingat, selagi masih ada ruang dan peluang untuk perbetulkan pengurusan kewangan, bertindaklah sekarang sebelum pintu kelulusan bank benar-benar tertutup rapat!" tegasnya.