suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taktik kotor kedai motosikal terbongkar, kenakan faedah 10 peratus jika guna kad kredit! Terang-terang langgar peraturan BNM

Difahamkan, banyak kedai turut menggunakan taktik serupa bagi mengaut keuntungan atas angin daripada pelanggan.

TAKTIK kotor sebuah kedai motosikal yang mahu mengaut keuntungan mudah dengan mengenakan caj faedah ke atas pembeli akhirnya terbongkar selepas seorang individu mendedahkan helah itu di platform Threads.

Menerusi perkongsian dibuat itsmefrieren, individu tersebut memaklumkan dia pada awalnya sedang melakukan tinjauan mengenai harga motosikal yang ingin dibelinya di sebuah kedai.

Bagaimanapun menerusi perbualan di WhatsApp, dia terkejut apabila dimaklumkan bahawa pihak kedai mengenakan caj faedah sebanyak 10 peratus bagi mana-mana pembelian menggunakan kemudahan Pelan Pembayaran Mudah (EPP).

"Survey kedai motor, nak guna EPP pun ada interest ke? 10 peratus pula tu," tulisnya dalam hantaran tersebut sambil melampirkan bukti tangkap layar perbualan bersama wakil kedai berkenaan.

Pendedahan itu mencetuskan kemarahan ramai warga maya yang mengkritik amalan 'ketuk customer' oleh kedai terbabit.

Selain itu  mereka menggesa individu itu segera membuat aduan rasmi kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

"Kau pergi kedai tu, tengok mesin kad kredit yang dia guna tu daripada bank mana, lepas tu terus buat laporan kepada bank berkenaan.

"Peniaga sebenarnya tak ada hak langsung nak kenakan caj ekstra kalau pembeli guna EPP.

"Itu semua helah nak buat untung atas angin. Perkara ini memang salah. Kalau bank dapat tahu, kedai tu boleh kena penalti," tegas seorang pengguna.

Selain itu netizen turut menyuarakan kebimbangn mereka tentang tekanan yang dikenakan terhadap mereka sebagai pengguna dan pembeli.

"EPP ni sepatutnya kosong peratus faedah. Arahan siapalah yang suruh caj sampai 10 peratus tu? Mesti sebelum ni dah tersenyum lebar dapat 'ketuk' pelanggan yang tak tahu apa-apa, terutamanya golongan warga emas.

"Lepas ni kalau pembeli bertegas nak guna EPP kosong peratus, mesti kedai akan beri alasan tiada stok pula semata-mata nak simpan barang untuk pelanggan yang boleh dicaj 10 peratus tu," bidas seorang lagi netizen.

Untuk rekod, di bawah Garis Panduan Operasi Kad Kredit BNM serta Rangka Kerja Pembaharuan Kad Pembayaran (PCRF), BNM melarang keras sebarang bentuk caj tambahan (surcharge) ke atas pembayaran menggunakan kad kredit.

Selain itu, pemilik perniagaan juga sama sekali tidak dibenarkan memindahkan kos seperti yuran transaksi yang dikenakan pihak bank kepada pembeli.

 

Artikel Lain