suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut, Lapan Cedera Dalam Kemalangan

ALOR SETAR: Seorang maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Masjid Aman, di sini, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata dalam kejadian pada 4.10 pagi itu, Jamal Abdul Nasir Awad, 57, terbunuh akibat cedera parah di kepala.

"Mangsa yang berasal dari Muar, Johor menaiki Toyota Innova bersama empat lagi ahli keluarga. Kenderaan mereka terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain iaitu Honda Accord, Perodua Myvi dan Perodua Alza," katanya pada Isnin.

Menurut Adzaman, punca kemalangan dipercayai berlaku apabila salah sebuah kenderaan berkenaan melanggar lampu isyarat merah dan mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Alor Setar, Masjid Aman

Artikel Lain