suria

Kerajaan Kedah Cadang Naikkan Gaji Adun, MB

Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail.
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah bercadang menaikkan gaji dan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Speaker, Timbalan Speaker dan anggota Exco sebanyak 50 peratus manakala Menteri Besar naik 25 peratus mulai 1 Januari tahun depan.

Usul cadangan penambahbaikan gaji dan elaun itu dibentang oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail. 

"Walaupun cadangan itu jika diluluskan dewan akan menyaksikan kenaikan gaji sebanyak 50 peratus bagi semua, tetapi Menteri Besar di atas permintaannya sendiri hanya mahukan kenaikan sebanyak 25 peratus sahaja," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darulaman, Isnin.

Beliau berkata, cadangan itu jika diluluskan oleh DUN bakal menyaksikan gaji ADUN dinaikkan sebanyak 50 peratus daripada RM4,112 sebulan yang dinikmati ketika ini kepada RM6,169 sebulan mulai tahun depan.

Sementara bagi Menteri Besar akan menyaksikan gajinya dinaikkan kepada RM17,718 sebulan daripada RM14,175 sebulan ketika ini, kata Dr Ku Abdul Rahman.

Artikel Lain