suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

IS: Jemaah Perlu Jalani Prosedur Penelitian Sebelum Dibenar Mengerjakan Umrah

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
NUSAJAYA: Jemaah dari Malaysia tidak lama lagi perlu menjalani prosedur penelitian ketat sebelum dibenarkan menunaikan ibadah umrah di Mekah, Arab Saudi.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat jemaah dari Malaysia yang hilang semasa mengerjakan umrah.

Beliau berkata kerajaan mahu memastikan bahawa tujuan mereka pergi ke Mekah dan Madinah hanyalah semata-mata untuk menunaikan haji, bukannya menyertai kumpulan militan negara Islam (IS) di Iraq dan Syria.

"Terdapat beberapa kes jemaah umrah dari Malaysia yang hilang selepas mengerjakan umrah untuk menyertai IS," kata Nazri kepada pemberita selepas melawat Studio Pinewood Iskandar Malaysia di sini, Rabu.

Beliau berkata, penelitian terhadap mereka yang bakal mengerjakan umrah akan melibatkan mereka yang membuat perjalanan ke Mekah secara individu dan mereka yang pergi melalui pakej umrah yang ditawarkan oleh agensi pelancongan.

Nazri berkata pihak berkuasa dan agensi-agensi keselamatan perlu melakukan prosedur keselamatan bagi memastikan jemaah umrah Malaysia akan kembali ke negara ini selepas menunaikan umrah masing-masing.

"Kita akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Arab Saudi untuk menangani isu (jemaah umrah hilang) memandangkan pengeluaran visa umrah adalah di bawah bidang kuasa mereka," katanya.

Nazri berkata selain jemaah umrah, satu langkah yang serupa, juga melibatkan rakyat Malaysia yang akan bercuti di luar negara akan dilakukan kerana mereka juga boleh pergi ke Iraq dan Syria untuk menyertai IS melalui negara ketiga.

Artikel Lain