PRK Chempaka: Umno Pecat Dua Ahli Tanding Calon Bebas - Semasa | mStar

PRK Chempaka: Umno Pecat Dua Ahli Tanding Calon Bebas

Calon-calon PRK Chempaka (dari kiri) Aslah Mamat, Ahmad Fathan (PAS), Fadzillah Husin, Izat Bukhary Ismail Bukhary dan Sharif Mahmood di Pusat Penamaan Calon, Pengkalan Chepa. -foto BERNAMA
PETALING JAYA: Umno telah memecat keahlian dua anggotanya kerana bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

"Umno hari ini telah memecat keahlian Sharif Mahmood dan Fadzillah Hussin berkuatkuasa serta merta berikutan tindakan mereka yang bertentangan dengan keputusan parti iaitu bertanding sebagai calon bebas dalam PRK DUN Cempaka," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, Rabu.

Menurut kenyataan tersebut, Sharif telah berdaftar sebagai ahli Umno di RKT Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang, manakala Fadzillah di Kepala Batas, Tumpat.

Keputusan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno berdasarkan Artikel 20.10 Perlembagaan Parti.

Surat pemecatan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Umno, yang ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kerusi DUN Chempaka yang terletak di Parlimen Pengkalan Chepa, kosong berikutan kematian bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 12 Februari.

Pada 25 Februari, Presiden Umno dan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Barisan Nasional tidak akan bertanding di Chempaka untuk menumpukan perhatian kepada usaha-usaha pemulihan banjir dan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Calon PAS Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad akan bertanding untuk kerusi itu bersama-sama dengan empat calon Bebas lain, termasuk Sharif dan Fadzillah.

Tarikh mengundi telah ditetapkan pada 22 Mac.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain