suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RM4 Bilion Dana 1MDB Di Kepulauan Cayman Disimpan Di Bank Singapura

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Kira-kira RM4 bilion dari dana pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Kepulauan Cayman telah dipindahkan ke Bank Singapura untuk memudahkan urusan transaksi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Baki AS$1.103 bilion (RM4.08bil) dana pelaburan 1MDB yang diuruskan oleh Cayman Monetory Autority telah ditebus dalam bentuk tunai dan disimpan dalam mata wang AS oleh BSI Bank Limited Singapura (BSI Singapura)," kata Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dibangkitkan oleh Tony Pua (PKR-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat pada Rabu.

"Keputusan untuk menggunakan bank di Singapura bertujuan memudahkan urusan pengeluaran wang memandangkan peraturan yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan kelulusan BNM diperoleh bagi setiap transaksi wang melebihi RM50 juta," kata Najib yang juga Perdana Menteri.

Artikel Lain