suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

#KitaLawan: Bendahari Pemuda PAS Ditahan

Mohd Fakhrulrazi
KUALA LUMPUR: Bendahari Pemuda PAS, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, 36, ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu negara, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata Mohd Fakhrulrazi ditahan kira-kira 1.50 petang Rabu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Dia disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Perhimpunan itu diadakan bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.

Sebelum ini, tiga orang ditahan termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli; dan Naib Presiden Parti Keadian Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berhubung kes berkenaan.

Artikel Lain