Kanak-Kanak Mati Dikatakan Keracunan Makanan, Adik Ditahan Di Wad - Semasa | mStar

Kanak-Kanak Mati Dikatakan Keracunan Makanan, Adik Ditahan Di Wad

- Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Satu siasatan perubatan sedang dijalankan di kawasan pedalaman Keningau selepas seorang budak perempuan meninggal dunia, dikatakan mengalami keracunan makanan selepas makan nasi lemak, manakala adiknya masih ditahan di hospital di sini.

Kejadian tersebut itu telah tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Pengarah Hospital Keningau Dr Riduan Hashim mengesahkan mereka telah merawat kes-kes berkaitan keracunan makanan di daerah itu.

"Nasihat kami kepada orang ramai supaya mereka mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi," katanya.

Pihak berkuasa perubatan juga menyiasat sama ada kedua-dua budak perempuan itu mengidap leptospirosis.

Menurut mesej yang telah menjadi viral itu, budak perempuan berkenaan dan adiknya telah membeli makanan dari gerai di bandar Keningau pada tengahari Isnin dan makan makanan tersebut sekitar jam 3 petang.

Dua adik-beradik itu kemudian diserang muntah dan cirit-birit yang teruk awal hari Selasa dan telah dikejarkan ke hospital, di mana mereka telah diberi rawatan awal dan dibenarkan pulang ke rumah pada pukul 7 pagi hari yang sama.

Mesej itu mengatakan bahawa kedua-dua adik-beradik tersebut berterusan cirit-birit dan muntah-muntah dengan teruk dan bapa mereka membawa mereka kembali ke hospital pada pukul 1 tengah hari Selasa.

Dikatakan bahawa salah seorang daripada mangsa meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang manakala adiknya dimasukkan ke hospital.
keracunan makanan , leptospirosis

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain