suria

Ramai Bantah Pelajar Tingkatan Enam Tak Perlu Pakaian Seragam

PETALING JAYA: Pengumuman Kementerian Pendidikan bahawa pelajar Tingkatan Enam tidak perlu lagi memakaian pakaian seragam sekolah bermula sesi persekolahan tahun depan tidak disambut baik sebahagian orang awam.

Dalam satu tinjauan oleh The Star Online, ada yang mengalu-alukan langkah itu, namun ramai yang percaya bahawa keputusan itu tidak akan mempunyai sebarang kesan kepada standard pendidikan secara keseluruhan.

Pengguna Facebook, Stephanie Ha berkata, langkah itu bukan idea yang kerana para pelajar terutama perempuan, akan membazirkan masa mereka untuk memikirkan apa yang mahu dipakai.

"Ini juga akan membawa kepada kehilangan identiti dan semangat kekitaan di sekolah," katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Cecilia Thomas mempersoalkan bagaimana langkah itu dapat membantu dalam pembelajaran para pelajar.

"Akan berlaku lebihan perbelanjaan buat keluarga kerana para pelajar mahu menarik perhatian rakan-rakan mereka (menerusi pemakaian)," katanya.

Grace Williams berkata, langkah itu akan mewujudkan jurang antara pelajar yang kaya dan miskin.

"Yang kaya akan cuba menunjuk-nunjuk pakaian mereka yang mahal dan yang miskin akan berasa rendah diri.

"Keadaan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pembelajaran mereka.

"Tujuan memakai pakaian seragam adalah untuk menunjukkan perpaduan bahawa kita semua di bawah satu bumbung," katanya.

Jaya Rani Sathasivam berkata, setiap pelajar mahu lebih mendahului rakan-rakan lain dengan membelanjakan wang mereka untuk pakaian berbanding buku-buku.

"Kasihan kepada ibu bapa. Syukur anak-anak saya telah habis pengajian mereka, jika tidak, dengan harga semua yang meningkat, saya terpaksa mencari lebih banyak wang untuk membeli pakaian untuk anak-anak saya," katanya.

Mohamad Heizya berkata, pakaian seragam sekolah sepatutnya dikekalkan.

"Ia tidak membantu mempertingkatkan pendidikan, malah menjadi lebih buruk, anda perlu menangani isu-isu kerana kesopanan adalah subjektif dan berbeza antara satu sama lain," katanya.

Rayn Loh berkata, kualiti pengajaran sepatutnya dijadikan keutamaan.

Artikel Lain