suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerima Dana Untuk Biayai Aktiviti Keganasan Dikenal Pasti

TUMPAT: Polis telah mengenal pasti rakyat Malaysia yang menerima sebanyak RM110,300, yang dimasukkan ke dalam akaunnya menerusi kiriman wang Bisotel Rieh Global Money Transfer di Australia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis sedang memburu individu terbabit.

"Ya, kita sekarang tahu siapa individu ini tetapi saya tidak boleh untuk memberitahu namanya. Biarlah polis mengendalikan kes ini," katanya kepada The Star.

Zahid berkata, individu itu akan dikenakan tindakan keras sekiranya didapati menerima dana untuk sebarang aktiviti berkaitan keganasan.

"Kita tidak boleh membenarkan sebarang transaksi untuk membiayai aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang, termasuk membiayai aktiviti keganasan.

"Mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan keras. Kita tidak akan berkompromi mengenai perkara ini," katanya.

Artikel Lain