PRK Pengkalan Kubor: 109 Anggota Polis Mengundi Awal Pada Ahad - Semasa | mStar

PRK Pengkalan Kubor: 109 Anggota Polis Mengundi Awal Pada Ahad

PENGKALAN KUBOR: Proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada Ahad menyaksikan 109 pengundi berdaftar yang terdiri daripada anggota polis keluar melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat yang menjadi pusat pembuangan undi dibuka tepat pukul 8 pagi dan proses pengundian dijadualkan berakhir pada pukul petang 3 petang.

Menerusi tinjauan yang dilakukan mStar Online di IPD berkenaan, Koperal Md Kamal Mahamud, 50, menjadi pengundi pertama menunaikan tanggungjawab iaitu pada pukul 8.23 pagi.

"Dulu saya bertugas di Balai Polis Pengkalan Kubor tetapi telah dipindahkan ke Terengganu pada Januari lalu.

"Saya tiba di Pengkalan Kubor pada Sabtu dan memang datang ke sini untuk mengundi," katanya yang ditemui selepas mengundi.

Setakat pukul 9 pagi, kira-kira 50 pengundi awal telah selesai membuang undi.

Sementara itu, beberapa anggota polis kelihatan mengawal lalu lintas di hadapan IPD Tumpat walaupun keadaan di sini masih lagi tenang dan terkawal.

PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail; calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Izat Ismail.


undi awal , PRK Pengkalan Kubor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

11 Pusat Mengundi Dibuka 8 Pagi Ini

Saingan Sengit Tapi Unik Di Pengkalan Kubor

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor

Agong cari penyelesaian terbaik