suria

'Madeena' Inspirasi Fesyen Mizz Nina

PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina yang kini melibatkan diri dalam dunia rekaan fesyen tampil dengan pelbagai rekaan menarik menggunakan label 'Madeena'.


Bersesuaian dengan ketibaan bulan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi, jenama fesyen Madeena dengan konsep sedia dipakai dilihat menepati citarasa golongan muslimah masa kini.

Mizz Nina tampil buat pertama kali mengetengahkan labelnya itu di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) Ready-to-Wear (RTW) 2014 baru-baru ini.


Pada acara penuh glamor itu, beberapa selebriti terkenal tanahair seperti Dira Abu Zahar dan Sharifah Amani turut diberi peluang menggayakan fesyen rekaan isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Ramadan, Mizz Nina, KLFW

Artikel Lain