suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Pengarang, Wartawan FMT Letak Jawatan

PETALING JAYA: Portal berita dalam talian, Free Malaysia Today (FMT) dilanda peletakan jawatan kakitangannya termasuk ketua pengarangnya sejak minggu lalu kerana 'kemelut dalaman', menurut sumber.

"Empat editor termasuk ketua pengarang kami K. Kabilan, lima wartawan, dua kakitangan teknologi dan juruvideo telah meletak jawatan," kata sumber.

Sumber berkata, kebanyakan kakitangan yang setia kepada syarikat tersebut membuat keputusan untuk berhenti dan menyerahkan surat peletakan jawatan pada Jumaat lalu.

Sumber turut mengesahkan laporan bahawa peletakan jawatan beramai-ramai itu adalah berpunca daripada masalah dalaman antara pihak editorial dan pengurusan syarikat tersebut.

Beberapa kakitangan FMT turut mengesahkan dakwaan bahawa syarikat itu tidak membuat caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kakitangannya selama beberapa bulan.

Seorang lagi sumber memberitahu The Star  bahawa beberapa bekas kakitangan syarikat tersebut akan membuat laporan terhadap FMT kepada KWSP.

Jelas sumber itu lagi, satu sidang media berkaitan perkara itu akan diadakan selepas laporan dibuat walaupun lokasi belum ditetapkan.

Artikel Lain