Najib berkata demikian bagi mengulas ucapan Adenan sebelum itu yang meminta beliau memberi pertimbangan yang sewajarnya ke atas permintaan itu.
Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bersidang Mei lepas meluluskan usul khas meminta kerajaan pusat mengkaji semula pemberian royalti hasil minyak dan gas negeri ini supaya ditingkatkan daripada lima peratus sekarang kepada 20 peratus.
Najib berkata pertimbangan kerajaan pusat tidak hanya berkenaan dengan permintaan pertambahan royalti sahaja tetapi turut mengambil kira peruntukan dana lebih tinggi bagi negeri ini.
Katanya Sarawak telah mencapai tiga bentuk kejayaan semenjak merdeka menerusi penubuhan Malaysia lebih 50 tahun lepas.
Menurutnya kejayaan itu adalah dalam membangunkan masyarakat berbilang kaum yang mencerminkan ciri-ciri keharmonian dan kesepaduan sosial, kestabilan politik dan pembangunan mampan yang berterusan.
"Saya memang ada 'soft spot' tentang Sarawak dan saya mahu Sarawak terus maju, membangun dan berjaya," katanya.


