suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Ditahan Kes Lelaki Tunjuk Kemaluan Dibelasah Hingga Mati

Abdul Samah Mat.
SERDANG: Polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20 dan 30 tahun kerana dipercayai membelasah sehingga mati seorang lelaki yang disyaki menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di Seksyen 17, Shah Alam pada Ahad.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa dikatakan berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada wanita berusia 20-an tersebut yang kemudian menjerit meminta tolong.

"Polis masih menyiasat kes ini, namun setakat ini tiada motif lain dikenal pasti selain faktor orang awam naik berang terhadap mangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Serdang di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini Isnin.

"Mangsa dipukul setelah kedua-dua tangannya diikat dan ketika polis sampai di lokasi kejadian, dia sudah tidak sedarkan diri," kata Abdul Samah.

Beliau tidak menolak kemungkinan masih ada lagi individu yang terlibat dalam kes itu. 

Hasil siasatan, polis mendapati tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian dan kesemua lelaki yang ditahan itu dipercayai penduduk di kawasan itu.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Klang untuk dibedah siasat, katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
belasah, mati, lelaki

Artikel Lain