suria

Pelajar Lemas Di Sungai Pahang

KUANTAN: Seorang pelajar Tingkatan Lima dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi di Sungai Pahang dekat Kampung Bangau Parit di Temerloh Isnin.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh itu, Mohd Fariz Daniel Mat Jaafar, 17, dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama tujuh rakannya kira-kira 6.15 Isnin.

Pelajar itu yang berenang ke tengah sungai iaitu kira-kira 25 meter dari tebing dilihat terkapai-kapai meminta tolong sebelum hilang dibawa arus, katanya.

Katanya operasi mencari dan menyelamat dihentikan 7 malam ini dan akan disambung 8 pagi esok. BERNAMA

Artikel Lain