suria

Perkasa Gesa Majlis Fatwa Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Kelemahan Enakmen Islam

Ibrahim Ali.
Ibrahim Ali.
Ibrahim Ali.

ALOR SETAR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji kelemahan dalam enakmen Islam di semua negeri dengan kadar segera.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata langkah itu bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menghina dan menjatuhkan kesucian agama Islam di Malaysia.

"Undang-undang yang longgar perlu diperkukuhkan semula bagi membolehkan tindakan diambil kepada golongan yang cuba menjatuhkan Islam kerana kelemahan enakmen ini menyukarkan tindakan diambil kepada golongan ini," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Selain itu katanya, kajian tersebut juga boleh diguna untuk menyelaraskan enakmen di setiap negeri memandangkan ketika ini kerajaan sukar mengambil tindakan kepada golongan yang berkenaan kerana perbezaan enakmen.

Beliau berkata Perkasa juga menyokong penuh tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan meminta kerajaan memandang serius isu Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia (Comango) yang cuba menghancurkan kedaulatan agama Islam di Malaysia.

"Pihak kerajaan perlu bertegas dengan Comango kerana sebelum ini Comango telah membuat tuntutan yang sama sekali bercanggah dengan syariah Islam dan merosakkan akidah umat Islam.

Sebelum ini, Comango membawa laporan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang antara lain untuk menuntut supaya murtad diterima sebagai hak kebebasan beragama; mengiktiraf hak pengamal lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT); menghalalkan perzinaan atas alasan kedua-dua pihak rela dan bersetuju. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain