Paul Low Nafi Akan Letak Jawatan Menteri - Semasa | mStar

Paul Low Nafi Akan Letak Jawatan Menteri

Paul Low.
Paul Low.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan menafikan beliau akan meletak jawatan kerana didakwa gagal memerangi rasuah.

Katanya peletakan jawatan sebagai menteri tidak boleh dibuat dengan sesuka hati kerana jawatan itu merupakan kepercayaan yang diberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat.

"Saya tahu beberapa blog mendakwa saya akan meletak jawatan. Kenapa pula saya nak meletak jawatan? Saya ada misi yang perlu dilaksanakan untuk rakyat dan perdana menteri kerana kepercayan beliau melantik saya," katanya kepada pemberita selepas forum mengenai rasuah di Institut Integriti Malaysia di sini Sabtu.

Low berkata beliau perlu menunaikan amanah yang diberi kepadanya oleh perdana menteri dan tidak akan mudah mengalah.

"Saya tahu apa yang saya lakukan dan jelas tentang apa yang perlu saya lakukan," katanya ketika mengulas tulisan dalam blog pembangkang bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai menteri.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dilaporkan berkata dalam blog pembangkang bahawa Low akan mengikut langkah P. Waythamoorthy, yang meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan senator baru-baru ini.

Dalam kenyataan pada Isnin, setiausaha Hindraf P. Ramesh berkata Waythamoorty meletak jawatan kerana mendapati kerajaan tidak menunaikan janjinya selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Waythamoorthy dilantik sebagai senator dan timbalan menteri selepas Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum itu tahun lepas.

Hindraf menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan BN pada 18 April mengenai usaha menyelesaikan isu sosioekonomi masyarakat India. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Paul Low: Saya Tidak Letak Jawatan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain