suria

PM Tunai Solat Hajat Untuk Keamanan, Kemakmuran Negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kiri) membaca surah Yassin sebelum menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan pada Khamis malam. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga, kiri) membaca surah Yassin sebelum menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan pada Khamis malam. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan solat hajat bersama kira-kira 1,000 orang di Masjid Wilayah Persekutuan di sini Khamis malam.

Ia dipimpin Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa dan dianjurkan iM4U, sebuah organisasi menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti kemasyarakatan, bagi memohon kesejahteraan dan kemakmuran negara pada masa depan daripada bencana dan musibah seperti banjir yang berlaku baru-baru ini.

Najib yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu itu tiba kira-kira pukul 7.15 malam sebelum menunaikan solat Maghrib diikuti bacaan Yasin dan solat Isyak, solat Hajat dan doa selamat.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif iM4U, Datuk Seri Farid Ridzuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah iM4U yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Fuad Hassan dan selebriti, Amy Search.

Selesai majlis, Najib yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah iM4U kemudian beramah mesra, menjamu selera dan bersalaman dengan orang ramai sebelum beredar kira-kira pukul 9.30 malam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Mungkin Tanding Di Kajang

Artikel Lain