suria

Peguam Usaha Bebaskan Pasangan Di Sweden Daripada Reman

Pasangan Shalwati Nurshal dan suaminya, Azizul Raheem Awalluddin.
Pasangan Shalwati Nurshal dan suaminya, Azizul Raheem Awalluddin.

PETALING JAYA: Peguam kepada ibu yang didakwa kerana memukul anak mereka di Sweden berjuang hingga ke mahkamah tertinggi negara itu untuk membebaskan anak guam mereka dan suaminya daripada ditahan sepanjang tempoh perbicaraan.

Kristofer Stahre yang mewakili Shalwati Nurshal berkata, beliau memfailkan rayuan kepada Mahkamah Agung Sweden supaya membebaskan kedua-dua pasangan itu daripada ditahan reman.

"Saya merayu keputusan untuk menahan reman anak guam saya semasa perbicaraan ke Mahkamah Agung. Saya menjangkakan keputusan mahkamah berhubung hal itu lewat minggu ini," kata Stahre menerusi emel kepada The Star.

Stahre berkata Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin akan terus ditahan reman 'melainkan jika Mahkamah Agung membuat perubahan berhubung keputusan terdahulu".

Bagimanapun Peguam Azizul, Jonas Tamm tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Pasangan itu didakwa pada Isnin di mahkamah daerah Solna di Stockholm kerana melakukan serangan dan pencabulan integriti anak-anak mereka.

Shalwati dan suaminya mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan bersama pada Selasa depan.

Tempoh perbicaraan dijangka berlarutan selama 10 hari.

Pasangan itu dipenjara selama lebih daripada 50 hari sejak ditangkap pada 18 Disember lalu.

Artikel Sebelum

Warga Emas Digilis Kereta Api

Artikel Lain