suria

Tiga Ditahan, Polis Rampas Senapang Buatan Sendiri

TANAH MERAH: Tiga lelaki, termasuk dua beradik ditahan dan polis merampas selaras senapang buatan sendiri dalam serbuan di Kampung Maskura, Nibong di sini Ahad.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah ASP Mohd Fadzir Manap berkata dalam serbuan pada 7.30 malam itu, polis turut merampas 47 peluru hidup buatan sendiri berhampiran sebuah rumah kosong.

"Polis turut menemui 52 biji pil yang disyaki dadah jenis pil Yaba selain 22 gram daun kering yang disyaki ganja dan 93 kilogram daun disyaki daun ketum.

"Kesemua daun itu diletakkan dalam bakul dan plastik lutsinar yang dipercayai untuk diproses menjadi dadah," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata suspek yang berumur antara 22 dan 28 tahun itu positif dadah dan ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain