suria

Mesyuarat Khas SPR Berhubung DUN Kajang Pada 5 Februari

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor pada 5 Februari ini.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pada pukul 12.05 tengah hari Selasa berhubung peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh.

Mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan diikuti sidang media oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain