suria

Pelajar Terkejut Status Bukan Warganegara Malaysia

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar pintar berusia 16 tahun terkejut apabila mendapati dia bukan lagi sebagai rakyat Malaysia sedang mendapatkan status kewarganegaraan.

M.Navin, yang mempunyai ibu bapa rakyat Malaysia-Filipina berkata, dia hanya mahu mendapatkan kad pengenalannya.

Dalam permohonannya, Navin yang menerima banyak anugerah penghargaan dan kepimpinan dari sekolahnya berkata, dia dilahirkan di negara ini pada 8 Julai 1998 dan diberikan sijil kelahiran rakyat Malaysia.

Bagaimanapun katanya, dia mendapati statusnya adalah "Bukan Warganegara" ketika membuat pemeriksaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dia menamakan Ketua Pengarah JPN, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Bapanya yang merupakan seorang ahli perniagaan, R.Moorthy, 40, berkata, mereka terkejut apabila mengetahui anak lelakinya yang sulung menerusi sistem berkomputer di JPN.

"Dia mempunyai sijil kelahiran dan pasport antarabangsa yang mengatakan dia adalah rakyat Malaysia.

"Apabila kami membuat pemeriksaan menerusi sistem berkomputer JON untuk membuat kad pengenalan barunya apabila dia berusia 12 tahun, kami terkejut apabila mengetahui statusnya adalah Bukan Warganegara," katanya pada Rabu.

Dia berkata, permohonannya untuk kewarganegaraan anak lelakinya di JPN Putrajaya pada 21 Julai 2010 ditolak.

"Dia mendapat 5A dalam UPSR dan 7A dalam PMR. Dia merupakan pengawas sekolah sejak sekolah rendah," katanya.

Dia berkata, dia perlu membayar levi untuk mendaftarkan semula di sekolah antarabangsa.

Dalam dokumen mahkamahnya, Moorthy berkata, mereka telah berjumpa dengan beberapa pegawai antara Julai 2010 dan Jun 2011 berhubung status kewarganegaraan tetapi gagal untuk mendapatkan maklum balas yang positif.

Katanya, dia menerima surat bertarikh 25 Julai 2011 dari Kementerian Dalam Negeri bahawa permohonannya ditolak.

Dia berkata, dia telah membuat permohonan semula di JPN sekali lagi pada 17 November 2011 tetapi ditolak.

Dia berkata, anak lelakinya itu sering kali dijadikan bahan gurauan di kalangan rakan-rakan sekolahnya berhubung statusnya dengan menggelarkan anaknya sebagai orang luar.

Dia berkata, terdapat kesukaran apabila dia sering ditanya oleh pihak pentadbiran sekolah anaknya.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa bapa kandungnya R.Moorthy aalah rakyat Malaysia bersama dengan Marissa Novero, seorang rakyat Filipina.

Peguamnnya, Annou Xaview berkata, Navin perlu mempunyai dokumen lengkap untuk mendapatkan manfaat seperti biasiswa, pembiayaan, pinjaman, lesen memandu dan lain-lain.

Xavier berkata, hakim Mahkamah Tinggi, Hue Siew Kheng menetapkan 14 Februari sebagai pengurusan kes untuk peguam Persekutuan, Haryati Ahmad untuk membalas afidavit pelajar itu.

Artikel Lain