suria

Lelaki Dakwa 'Sultan Melaka' Ditahan Reman Empat Hari

MELAKA: Polis pada Rabu mendapat kebenaran mahkamah menahan reman individu bernama Nor Jan Tuah selama empat hari bagi membantu siasatan kes dia mendakwa dirinya sultan Melaka.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah V. Kanasan bagi membolehkan polis menyiasat kes berkenaan di bawah Akta Hasutan 1948.

Nor Jan, 57, ditahan pada pukul 10.50 pagi semalam di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama 'pengikutnya'. - BERNAMA

Artikel Lain