suria

PKR Selangor Gesa Pimpinan Pusat Campur Tangan Isu Azmin

Keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS dibuat tanpa merujuk kepada kepimpinan PKR Pusat.
Keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS dibuat tanpa merujuk kepada kepimpinan PKR Pusat.
Keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS dibuat tanpa merujuk kepada kepimpinan PKR Pusat.

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa campur tangan kepimpinan parti itu diperingkat pusat berhubung pentadbiran kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausahanya, Amirudin Shari berkata, beberapa keputusan terbaru Abdul Khalid dalam pentadbirannya terutama dalam isu pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persetujuan melaksanakan Loji Air Langat 2 (Langat 2) dilihat membelakangkan parti.

Tegasnya, sebagai Menteri Besar yang mewakili PKR, Abdul Khalid perlu merujuk kepada kepimpinan pusat sebelum membuat keputusan penting khususnya membabitkan kepentingan rakyat di Selangor.

"Dalam isu pengguguran (Mohamed) Azmin (Ali), asasnya (pertimbangan) adalah sangat mudah iaitu dalam operasi (pentadbiran) biasa, sebarang pelantikan atau pengguguran ahli dalam GLC perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada parti.

"Tapi perkara ini tidak berlaku, jadi kita tuntut penjelasan daripada Menteri Besar. Malah kita juga berharap kepimpinan pusat supaya melihat isu ini dengan serius," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat khas PKR Selangor yang berlangsung pada Ahad malam.

Pengguguran Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkuatkuasa 10 Januari lalu sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilihat banyak pihak sebagai perang politik antara kedua-dua pemimpin berpengaruh itu.

Keputusan itu juga dianggap sebagai tindakan drastik Abdul Khalid dalam usaha 'menyepit sayap' Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa itu menjelang pemilihan parti pertengahan tahun ini.

Mengulas lanjut Amirudin berkata, PKR Selangor juga menuntut penjelasan Abdul Khalid berhubung kenyataannya bahawa kerajaan negeri memberi lampu hijau untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek Langat 2 yang tertangguh sejak 2010.

"Perkara ini juga merupakan isu besar yang dibincangkan secara panjang lebar. Kami dapati Abdul Khalid membuat pusingan 'U' apabila mengumumkan pendirian kerajaan negeri untuk meneruskan projek berkenaan.

"Saya kira perkara ini juga dibuat tanpa merujuk kepada kepimpinan parti," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain